Pengakuan Iran Bahwa Mereka Bersekongkol Dengan Amerika Dalam Perang Afghanistan Dan Irak

22.03.2012


Pengakuan terbuka negara Iran bahawa mereka memberikan bantuan kepada Amerika dalam perang Afghanistan dan Iraq:

Seorang bekas Naib Presiden Iran, Mohammed 'Ali Ebthohi mengakui "Jika tidak kerana bantuan Iran, Baghdad tidak akan jatuh!" satu pendedahan yang mengejutkan dunia. Ebthohi memegang jawatan tersebut bermula 1997 hingga 2005 dipetik sebagai berkata dalam satu persidangan di Abu Dhobi bahawa negaranya banyak memberikan bantuan peperangan kepada Amerika dalam peperangan di Afghanistan dan Iraq. Berucap di majlis penutup Persidangan "Negara Teluk dan Cabaran di Masa Hadapan" yang dianjurkan oleh Pusat Kajian dan Strategik Emiriah berkata, jika tanpa kerjasama Iran maka tidak mungkin Kabul dan Baghdad dapat ditawan dengan begitu mudah yang merujuk tindakan ketenteraan Amerika dan tentera bersekutunya ke atas Afghanistan yang memerangi kumpulan Taliban pada tahun 2001 dan Iraq bagi menggulingkan pemerintahan Saddam Husein tahun 2003.

Inilah pengkhianatan Iran terhadap negara Iraq. Mereka sanggup bersubahat dengan Amerika dan sekutunya demi mewujudkan negara Syiah Iraq seperti hari ini.

Sudah banyak bukti admin kemukakan sebelum ini berkaitan penglibatan negara Iran dalam menjatuhkan Islam tetapi malangnya ramai lagi mereka yang masih tidak mempercayainya. Admin akan terus membongkar kemunafikan negara Iran yang bertopengkan "Republik Islam" sebagai senjata bagi mempertahankan Israel dan Amerika.

Hentikan pemujaan anda terhadap negara Iran!

-----oOo-----


Related Posts

No Response to "Pengakuan Iran Bahwa Mereka Bersekongkol Dengan Amerika Dalam Perang Afghanistan Dan Irak"

Posting Komentar